?? | Universiti Putra Malaysia_皇冠足球比分

皇冠足球比分

图片

Pertanian bandar bukan sekadar hobi, jadi strategi kelangsungan hidup warga kota

Article Summary

Pertanian bandar kini muncul sebagai satu pendekatan praktikal dan semakin relevan dalam membantu warga kota berdepan tekanan kos sara hidup, selain menyokong gaya hidup lestari dan sihat.

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 9 Jun – Pertanian bandar kini muncul sebagai satu pendekatan praktikal dan semakin relevan dalam membantu warga kota berdepan tekanan kos sara hidup, selain menyokong gaya hidup lestari dan sihat.

 

Trend ini didorong oleh kesedaran bahawa aktiviti bercucuk tanam tidak lagi terhad kepada komuniti luar bandar. Di kawasan bandar, ruang terhad seperti balkoni rumah, laman kecil dan sudut kediaman dimanfaatkan untuk menanam pelbagai tanaman makanan harian termasuk herba dan sayuran.

 

Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Juju Nakasha Jaafar, berkata pendekatan ini bukan sahaja memberi pulangan dari sudut penjimatan perbelanjaan dapur malah berpotensi menjana pendapatan sampingan.

 

“Dengan peruntukan sekitar RM200 hingga RM300 sebulan isi rumah mampu mengusahakan tanaman asas yang mencukupi untuk kegunaan keluarga,” katanya.

 

Tambah beliau, kaedah moden seperti hidroponik dan penanaman mikrohijau turut mendapat perhatian khususnya dalam kalangan golongan muda dan penduduk bandar yang mahu hasil cepat serta lebih sistematik.

 

“Peningkatan minat terhadap pertanian bandar juga dikaitkan dengan perubahan persepsi masyarakat terhadap sektor pertanian serta mampu meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan makanan, kelestarian alam sekitar dan keusahawanan,” katanya.

 

Dr. Juju Nakasha berkata, antara tanaman yang menjadi pilihan ialah herba seperti daun kunyit, daun pandan dan daun kari yang sering digunakan dalam masakan harian.

 

“Tanaman ini mudah dijaga tidak memerlukan ruang luas dan mempunyai permintaan konsisten namun cabaran utama yang dikenal pasti ialah kekurangan ilmu serta teknik penanaman yang betul,” katanya

 

Selain itu, kekangan modal permulaan antara yang sering menjadi penghalang kepada individu yang berminat tetapi tidak mempunyai bimbingan mencukupi.

 

Dr. Juju Nakasha berpandangan, institusi pengajian tinggi dan agensi berkaitan dilihat memainkan peranan penting dalam memperkasa masyarakat melalui pemindahan ilmu, latihan teknikal dan program komuniti.

 

“Usaha memperluas pendidikan pertanian secara lebih sistematik termasuk pendedahan kepada teknologi dan model perniagaan kecil, mampu membantu lebih ramai warga bandar menjadikan pertanian sebagai satu aktiviti produktif, bukan sekadar hobi,” katanya.

 

Dalam pada itu, pertanian bandar dilihat bukan sahaja sebagai solusi ekonomi isi rumah, tetapi juga sebagai langkah strategik ke arah membina komuniti yang lebih berdaya tahan, berpengetahuan dan lestari.

XZGYUAg~